Jujur je. Kau dah cuba post konsisten. Kau dah baca tips percuma. Tapi akaun tetap tak bergerak.
Sebabnya mudah: tips berselerak tak jadi sistem. Kau tahu hook penting, tapi tak tahu enam jenis hook
mana yang berfungsi. Kau tahu bio kena kemas, tapi tak tahu apa yang buat orang decide follow dalam
tiga saat. Setiap kali kau post, kau bermula dari kosong semula.
Rakaman masterclass ini menyusun keseluruhan proses sebagai satu sistem yang bersambung, daripada
asas personal brand, pembinaan content, pertumbuhan followers hingga monetisasi. Tiga modul, satu aliran. Apa
yang kau belajar dalam Modul 1 terus dipakai dalam Modul 2 dan 3.
Hasilnya? Kau tak keluar dengan nota motivasi. Kau keluar dengan
bio yang siap, sistem tujuh jenis post mingguan, dan blueprint pertumbuhan yang boleh mula
digunakan seawal esok.
M1
Modul 1
Asas Personal Brand
Bina asas supaya orang faham siapa kau, apa yang kau tawarkan dan kenapa mereka patut follow.
- Bio yang buat orang decide hendak follow dalam tiga saat
- Cara memilih niche yang jelas dan praktikal
- Formula value statement untuk menjelaskan nilai brand
- Teknik membina identiti yang mudah diingati
M2
Modul 2
Strategi Konten & Hook
Bina sistem penulisan supaya kau tidak lagi bergantung pada idea spontan atau mood.
- Enam jenis hook yang terbukti menarik perhatian
- Sistem tujuh jenis post mingguan
- Kaedah batch content untuk menjimatkan masa
- Struktur post yang lebih mudah dibaca dan dikongsi
M3
Modul 3
Grow Followers & Monetisasi
Fahami bagaimana akaun berkembang dan bagaimana perhatian boleh ditukar menjadi pendapatan.
- Blueprint pertumbuhan daripada 0 kepada 15,000 followers
- Penerangan algoritma Threads 2025
- Enam cara konkrit untuk menjana pendapatan
- Langkah pertama yang boleh dibuat seawal esok
QA
Termasuk dalam rakaman
Soal Jawab Bersama Khairul
Tonton rakaman sesi soal jawab selama 15 minit tentang akaun, content, positioning, pertumbuhan dan monetisasi
Threads.
00:00Pembukaan dan pengenalan masterclass
00:10Modul 1: Asas Personal Brand di Threads
00:30Modul 2: Strategi Konten dan Hook Formula
00:50Modul 3: Grow Followers dan Monetisasi
01:15Rakaman Sesi Soal Jawab
01:30Penutup dan penerangan bonus